Sunday, 25 November 2012

Soalan & Jawapan SRT SPM 2011

Soalan 1
Sekolah anda akan mengadakan kempen penjimatan air yang akan diadakan pada tahun 2013. Anda telah ditugaskna untuk membuat papan tanda perspek yang bertulis "JIMAT AIR" untuk kegunaan sepanjang kempen tersebut.
 a. Lukiskan huruf paapn tanda perspek menggunakan teknik redupan.
 b. Nyatakan alatan atau bahan yang sesuai digunakan untuk membuat papan tanda tersebut.
 c. Nyatakan lokasi atau tempat yang sesuai untuk mempamerkan papan tanda tersebut dan nyatakan sebabnya.

Jawapan

a.














b.
Bahan yang diperlukan:
kertas A4, kertas grid, perspek lutsinar, gam semburan, cat tin semburan.

Alatan yang diperlukan:pensel, set pembaris, pemadam, jangka lukis, jangka sudut, kotak cahaya, pisau pemotong perspek, pisau grafik, pembaris besi, pembaris sudut, sesiku L

c.
Kawasan sekitar pili air seperti di kantin, surau dan bilik air. Perkataan atau arahan akan berfungsi sekiranya diletakkan di tempat yang betul.

_____________________________________________________________________________________________

Soalan 2
Anda telah menghasilkan imej dan penghurufan menggunakan kaedah CAS untuk mereka bentuk logo pusat bowling.
 a. Lakarkan logo dengan menggabungkan penghurufan.
 b. Warnakan lakaran logo.
 c. Nyatakan dua sebab anda memilih warna tersebut.

Jawapan

a.


b.

c.
Merah
Memberikan maksud ceria dan bersemangat.
Hitam
Memberikan maksud keunggulan dan berkeyakinan.

_____________________________________________________________________________________________


Soalan 3
Anda menerima tempahan untuk menyiapkan 10 keping papan tanda vinil bersaiz 50cm X 50cm. Berikut adalah rujukan bagi perkara tesebut:
 - Perspek: 1 keping = RM 30.00 | 10 keping = RM (A1)?
 - Vinil: 1 keping = RM 8.00 | 20 keping = RM (A2)?
 - Jumlah kos bahan = RM (A3)?
 - Kos upah = RM 60.00
 - Kos sampingan = RM 20.00

 a. Lengkapkan jawapan A1, A2 dan A3.
 b. Nyatakan dua contoh kos sampingan yang terlibat.
 c. Hitungkan kos pengeluaran bagi 10 keping papan tanda.
 d. Cadangkan harga jualan bagi 10 keping papan tanda dan nyatakan sebabnya.

Jawapan
a.
A1: RM 300.00
A2: RM 160.00
A3: 300 + 160 = RM 460.00

b.
Elektrik dan air.

c.
460 + 60 + 20 = RM 540.00

d.
Harga yang dicadangkan adalah 30% iaitu RM 162.00 daripada kos pengeluaran, jadi jualan jualan bagi 10 keping perspek adalah RM 702.00. Peratus keuntungan ini sangat berpatutan dan merupakan harga semasa.

_____________________________________________________________________________________________


Soalan 4
Sebuah papan tanda vinil bertiang kayu dipasang di tepi jalan telah mengalami kerosakan.
 a. Nyatakan dua kemungkinan berlakunya kerosakan tersebut.
 b. Nyatakan tindakan yang harus diambil untuk mengatasi kerosakan tersebut.
 c. Berdasarkan jawapan di atas, cadangkan bahan yang boleh diganti supaya ia tahan lama.
 d. Terangkan langkah kerja untuk menghasilkannya.

Jawapan
a. Kawasan jalan tidak sesuai menggunakan papan tanda vinil dan menggunakan tiang kayu. Cuaca panas dan hujan cepat merosakkan bahan yang digunakan pada papan tanda tersebut.

b. Tanggal dan gantikan dengan papan tanda yang baru.

c. Gunakan papan tanda semburan cat pada zink dan bertiang besi. Bahan logam lebih tahan jika diletakkan di tepi jalan.

d. Sediakan plat zink, grafik dan tulisan serta bahan-bahan untuk melakukan papan tanda semburan cat. Semburkan latar dengan cat dan seterusnya tampalkan bahagian yang tidak diperlukan untuk melakukan semburan seterusnya. Sementara itu kerangka tiang besi dikimpal dan di cat. Proses seterusnya memasang zink yang siap dicat pada kerangka tiang. Pasangkan di tepi jalan dengan menanam tiang beserta konkrit supaya kukuh.

_____________________________________________________________________________________________


Soalan 5
Syarikat anda telah menjalankan perniagaan menghasilkan produk berasaskan semburan angin (air brush). Perniagaan anda kurang mendapat sambutan daripada pelanggan. Anda bercadang untuk meningkatkan jualan produk syarikat dengan menyusun strategi daripada pelbagai aspek.

 a. Cadangkan dua kaedah untuk meningkatkan jualan dari aspek harga yang ditawarkan, produk barangan yang dihasilkan, perkhidmatan lepas jualan dan lokasi perniagaan.

 b. Anda bercadang membuat pinjaman bagi membiayai kos untuk melaksanakan strategi yang dirancang. Namakan dua agensi yang dapat memberi pinjaman kewangan kepada syarikat anda.

Jawapan
a. Harga: Kurangkan peratus keuntungan kepada 10% daripada kos dan diskaun kepada pelanggan tetap
    Produk baranga: Hasil kerja kemas dan menggunakan bahan mentah semaksimanya.
    Perkhidmatan lepas jualan: Sedia menerima aduan kerosakan barangan dan penghantaran.
    Lokasi: Di kawasan perniagaan, sektor kerajaan dan swasta, tempat yang mudah dikunjungi pelanggan.

b. Agensi yang boleh membantu memberikan kos adalah MARA, Agrobank, BPMB, MIDF dan JKM.