Friday, 18 November 2011

Soalan & Jawapan SRT SPM 2010

Soalan 1
Anda menerima tempahan bagi menyiapkan 200 keping papan tanda vinil dalam tempoh dua hari. Anda dapati komputer dan mesin pemotong vinil tidak dapat berfungsi.
 a. Cadangkan satu cara bagaimana anda akan menyiapkan tem[ahan tersebut.
 b. Terangkan bagaimana anda menyediakankan alatan dan bahan.
 c. Bagaimana anda memotong huruf dan grafik pada vinil.
 d. Memindahkan vinil ke atas permukaan hasil kerja. 

Jawapan 

a. Mangagihkan tugas berdasarkan jadual kerja. Melaksanakan tugasan secara manual untuk lakaran dan memotong vinil. Vinil dipotong menggunakan pisau grafik.

b. Menyediakan bahan dan alatan
- Bahan disediakan mengikut keperluan jumlah hasil kerja yang hendak dibuat.
- Bahan tersebut seperti kertas A4, kertas grid, perspek legap, vinil, gam semburan, air sabun.
- Alatan yang diperlukan ialah pensel, set pembaris, pemadam, jangka lukis, jangka sudut, kotak cahaya,
pisau pemotong perspek, pisau grafik, pembaris besi, pembaris sudut, sesiku L, skuji, jarum.

c. Menyediakan grafik
- Keseluruhan kerja dilakukan dengan kaedah manual. Menghasilkan lakaranpada kertas berbantukan
alat geometri. Memotong vinil menggunakan pisau kraf atau pisau grafik.

 d. Memindah vinil pada permukaan hasil kerja
- Rujuk lakaran berwarna. Potong vinil sekadar saiz dan warna yang diperlukan.
- Tanggalkan satu permukaan kertas alas pada perspek.   
- Semburkan permukaan perspek dengan air sabun.
- Tampalkan vinil pada permukaan perspek bersabun. Tetapkan kedudukan vinil.
- Hilangkan gelembung udara terperangkap dengan menarik sekuji ke hujung vinil. Bagi udara yang tidak
dapat dikeluarkan, cucuk dengan jarum dan tekan vinil rapat ke permukaan perspek.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 2
Anda diminta untuk menyiapkan semburan angin pada bod ilustrasi. Didapati hasil semburan angin tersebut tidak mempunyai ton warna yang menarik.
  a. Nyatakan empat kemungkinan yang menyebabkan hasil semburan angin tidak menjadi.
  b. Terangkan langkah kerja yang perlu diambil kira untuk mendapatkan hasil semburan angin yang menarik.

Jawapan 
a.  Hasil semburan tidak mempunyai ton
- Jarak semburan terlalu rapat pada permukaan hasil semburan.
- Pergerakan semburan dilakukan keseluruhan permukaan semburan.
- Tekanan semburan terlalu kuat.
- Semburan berulang kali pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

b. Untuk mendapatkan hasil semburan yang baik
- Alatan dalam keadaan sempurna.
- Kedudukan hasil semburan perlu dalam keadaan selesa dan tetap.
- Kawalan pergerakan tangan dan jari perlu stabil.
- Bijak menentukan jarak mengikut keperluan hasil kerja.
- Menutup dengan masking filem pada kawasan yang tidak memerlukan semburan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 3
Anda diminta untuk menyiapkan tempahan 500 helai baju T bercetak.
Merujuk perkara berikut:
 - Baju: 500 helai = RM 6000.00
 - Pencelup warna: 2 tin = RM 100.00
 - Blok cetakan skrin: 1 unit = RM 15.00
 - Kain sutera saring: 1 helai = RM 15.00
 - Foto elmusi: 1 tin = RM 20.00
 - Kos sampingan = RM 20.00
 - Kos upah: 500 helai = RM 250.00
Hitungkan  
 a. Jumlah kos bahan.
 b. Jumlah kos pengeluaran.
 c. Jumlah kos untuk sehelai baju T.
 d. Jumlah keuntungan sekiranya harga tempahan sehelai baju T ialah RM 16.00

Jawapan 


 











-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Soalan 4
Anda telah mendapat tempahan bagi menyiapkan 500 helai kain rentang dan perlu disiapkan dalam tempoh 7 hari.
Anda ingin memastikan tempahan tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Rancangkan jadual kerja yang merangkumi aspek-aspek seperti bilangan pekerja, peruntukan masa dan kuantiti produk.

Jawapan 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 5
Anda diminta untuk menggantikan papan tanda pada simpang empat jalan supaya dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Dengan bantuan gambarajah, terangkan cadangan reka bentuk papan tanda tersebut daripada aspek:
 a. Bahan yang digunakan.
 b. Membina.
 c. Memasang.

Jawapan 
a. Bahan yang digunakan
- Bahan yang digunakan untuk hasil kerja ini ialah zink iklan, besi, vinil.
- Zink dan besi merupakan rangka asas binaan.
- Vinil digunakan untuk penghurufan.

b. Membina
- Besi dikimpal menjadi bentuk 3 sudut seperti gambarajah.
- Zink dilekatkan pada kerangka.
- Penghurufan ditampal pada permukaan zink.
-Bahan-bahan ini sesuai digunakan kerana kuat dan teguh di kawasan jalan.

c.  Memasang
- Kerja memasang dilakukan dengan menanam kaki papan iklan di dalam tanah danmeletakkan konkrit
bagi memastikan keteguhannya.
- Cara ini adalah bagi memastikan papan iklan tidak tumbang.

Soalan & Jawapan SRT SPM 2009

Soalan 1
Anda diminta untuk menyiapkan grafik ke atas 20 keping perspek. Terangkan bagaimana anda melakukan kerja tersebut daripada aspek:
 a. Menyediakan bahan dan alatan.
 b. Menyediakan huruf dan grafik.
 c. Memindahkan huruf dan grafik pada kepingan perspek.   

Jawapan
a.     Menyedia alatan dan bahan.
Alatan yang diperlukan ialah Pensel, set pembaris, pemadam, jangka lukis, jangka sudut, kotak cahaya,
pisau pemotong perspek, pisau grafik, pembaris besi, pembaris sudut, sesiku L Manakala bahan sep-
erti kertas A4, kertas grid, perspek lutsinar, gam semburan, cat tin semburan. Letakkan di tempat yang
sesuai untuk melakukan kerja.
 
b.     Menyedia huruf dan grafik.
Proses pertama ialah dengan menghasilakan lakaran. Seterusnya menekap huruf dan grafik pada vinil.
Setelah tekapan sempurna, vinil dipotong menggunakan pusau grafik berdasarkan laran. Akhir sekali,
tanggalkan bahagian yang tidak diperlukan merujuk lakaran berwarna.
 
c.     Memindah huruf dan grafik pada kepingan perspek.
Lekatkan pita pemindah ke permukaan vinil. Lakukan semburan air sabun ke permukaan perspek. Pin-
dahkan vinil ke permukaan perspek. Lakukan kekemasan dengan meratakan vinil dengan sekuji. Tang-
galkan pita pemindah dan akhir sekali buangkan udara yang terperangkap sekiranya ada.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 2
Anda dikehendaki menyiapkan 100 unit papan tanda vinil bersaiz 20cm X 30cm. Anda telah menggunakan pemotong vinil bagi memotong logo mengikut warna yang telah ditetapkan.
Terangakan bagaimana anda melakukan kerja tersebut dengan mudah dan cepat daripada aspek:
 a. Menyediakan grafik.
 b. Memotong vinil.  
 c. Menampal vinil.   

Jawapan
a.     Menyediakan grafik
-     Menggunakan pembaris untuk menentukan ukuran sebenar hasil kerja.
-     Memulakan lakaran menggunakan perisian grafik mengikut saiz sebenar.
-     Setelah siap, simpan atau ‘save’ hasil kerja mengikut format yang diperlukan mesin plot.

b.     Memotong vinil
-     Gunakan gunting untuk memotong helaian vinil mengikut ukuran dan warna yang diperlukan.
-     Dengan berhati-hati, pasang vinil pada mesin ploter dengan kemas.
-     Mulakan perisian memotong vinil untuk lakaran yang telah dibuat dan lakukan arahan memotong vinil.
-     Ulangi proses memotong untuk setiap warna sehingga siap.

c.     Menampal vinil
-     Sediakan lakaran berwarna sebagai rujukan.
-     Tanggalkan bahagian vinil yang tidak diperlukan.
-     Lekatkan pita pemindah pada keseluruhan vinil.
-     Ratakan air sabun pada permukaan perspek dengan menyemburnya.
-     Pindahkan vinil ke atas permukaan perspek dan ratakan dengan skuji.
-     Buka pita pemindah dan pastikan semua vinil melekat dengan kemas.
-     Ulangi proses untuk setiap warna vinil merujuk lakaran sehingga siap.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 3
Anda diminta untuk menyiapkan tempahan 100 unit topi bercetak "BERSAMA MEMBASMI DAADAH" untuk minggu kempen anti dadah kebangsaan anjuran Jabatan Pemadam Negeri. Maklumat seperti berikut:
 - Topi: 100 buah RM 500.00
 - Kos upah: RM 200.00
 - Pencelup warna: RM 10.00
 - Bingkai kayu: RM 2.00
 - Kain sutera saring: RM 5.00
 - Foto emulsi: RM 10.00
 - Kos sampingan: RM 3.00

 a. Hitungkan kos pengeluaran.
 b. Kos pengeluaran seunit.
 c. Jumlah untung sekiranya harga tempahan seunit topi adalah RM 10.00.    

Jawapan
a. Kos pengeluaran: 500 + 200 + 10 + 2 + 5 + 10 + 3 = RM 730.00
b. Kos seunit: 730 / 100 = RM 7.30
c. Jumlah untung seunit topi: 10.00 - 7.30 =  RM 2.70

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 4
Anda diminta membina papan tanda yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan akan diletakkan di tepi sebuah lebuh raya.
Lakarkan cadangan reka bentuk papan tanda tersebut dan terangkan bagaimana anda membina dan memasangnya.  
  

Jawapan

Papan tanda ini sesuai diletakkan di tepi lebuh raya kerana pemabahagian 3 sudut dapat dilihat dari segenap arah. Keseluruhan papan tanda ini adalah dari binaan logam. Menggunakan kaedah kimpalan dan semburan cat. Tiang ditanam dan diletakkan konkrit agar tahan dan kukuh.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 5
Anda memiliki sebuah kedai yang menerima tempahan pelbagai jenis produk pengiklanan. Kedai anda telah mengalami masalah kekurangan modal dan bilangan pekerja yang tidak mencukupi bagi menyiapkan tempahan dalam masa yang tepat.
Berdasarkan kreativiti anda, cadang dan huraikan bagaimana anda mengatasi masalah tersebut bagi memastikan prestasi perniagaan anda bertambah maju.  

Jawapan
Masalah kekurangan modal dapat diatasi dengan cara melaksanakan pengurusan gaji yang bersesuaian
dengan kemampuan syarikat iaitu dengan melakukan bayaran minima kepada pekerja. Selain itu, pengusa-
ha juaga boleh memohon pinjaman dan bantuan daripada agensi yang membantu usahawan. Antara agensi
itu ialah MARA, MODF dan JKM.

Masalah kekurangan pekerja boleh diatasi dengan memastikan waktu dapat digunakan secara maksima
dengan mengamalkan enam panduan pengurusan masa berkesan. Penyediaan jadual kerja juga sangat
membantu menentukan kerja dapat disiapkan tepat pada waktu mengikut jumlah pekerja yang ada.
Manakala etika dan budaya kerja juga perlu diberi perhatian. Antaranya operasi bekerja semaksima lapan
jam selama enam hari seminggu mestilah dilaksanakan. Cuti tahunan juga dapat dikurangkan dengan cara
memberigalakkan dengan cara memberi galakn dan ganjaran kepada pekerja supaya tidak mengambil cuti.
Di samping itu, galakkan dan ganjaran juga patut diberikan kepada pekerja yang sanggup bekerja lebih
masa.

Oleh itu, masalah kekurangan modal dan kekurangan pekerja dapat ditangani sekira semua cadangan yang
diberikan di atas dipraktikkan.

Soalan & Jawapan SRT SPM 2008

Soalan 1
Anda telah menerima tempahan untuk membuat 200 helai kain rentag berukuran 1mX4m.
Terangkan bagaimana anda menyiapkan tempahan tersebut daripada aspek:
 a. Menyediakan bahan.
 b. Menyediakan rekabentuk grafik.
 c. Kaedah mencetak kain rentang. 

Jawapan
a
- Bahan disediakan mengikut jumlah keperluan.
- Kain berukuran 1mX4m sebanyak 200 helai diperlukan.
- Menyediakan cat fabrik.
- Menyediakan bahan lain seperti air sebagai pelarut dan pencuci.

b
- Rekabentuk disediakan menerusi lakaran.
- Memindahkan lakaran ke atas bahan lutsinar atau telus cahaya.

c
- Kain rentang boleh dicetak melalui beberapa cara iaitu menekap, pancaran ohp paras atas atau
sutera saring.
- Bagi kuantiti yang banyak hendakklah dicetak menggunakan kaedah sutera saring.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Soalan 2
Anda diminta melakukan kerja semburan angin pada gambarajah buah.
 a. Lakar kesan cahaya ilustrasi menggunakan grade tone.
 b. Terangkan bagaimana anda melakukan kerja menyembur bagi mendapatkan kesan realistik pada objek tersebut daripada aspek menggunakan alatan dan kaedah menyembur yang betul. 

Jawapan
- Pastikan rujukan gambar buah berada di sebelah.
- Tutup bahagian tidak disembur dengan masking filem.
- Uji alat semburan berada dalam keadaan sempurna.
- Lakukan semburan pada bahagian ton gelap pada jarak sesuai dan lebih lama.
- Lakukan semburan nipis pada ton cerah.
- Tanggalkan masking filem dan kesan bahagian yang belum sempurna untuk lakukan pembetulan dan
pembaikkan.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Soalan 3
Anda diminta menyiapkan tempahan 200 helai kain rentang berukuran 1mX4m dalam masa 5 hari.
Kos:
 - Harga cat: RM 15.00/botol
 - Harga kain: RM 4.00/meter
 - Kos upah: RM 25.00/hari
 - Kos sampingan: RM50.00
Berdasarkan butiran kos di atas, hitungkan:
 a. Jumlah kos kain.
 b. Jumlah kos cat sekiranya satu botol cat digunakan untuk 10 helai kain rentang.
 c. Jumlah kos upah sekiranya 2 orang pekerja digunakan.
 d. Jumlah kos pengeluaran     

Jawapan
a. Kos kain: RM4.00 X 200 helai = RM 800.00
b. Kos cat: 200 helai / 10 = 20
                 20 X RM15.00 = RM 300.00
c. Kos upah: 2 orang X RM 25.00 = RM 50.00
                    RM 50.00 X 5 hari = RM 250.00
d. Kos pengeluaran: RM 800.00 + RM 300.00 + RM 250.00 = RM 1350.00

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 4
Anda telah menerima tempahan bagi menyiapkan 100 keping papan tanda vinil 1m X 2m. Anda diberi tempoh 14 hari untuk menyiapkannya.
Rancangkan satu jadual kerja yang merangkumi aspek masa, bilangan pekerja dan kuantiti produk bagi menyiapkan tempahan tersebut. 

Jawapan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 5
Anda dikehendaki membina papan tanda iklan untuk sebuah syarikat telefon mudah alih yang akan ditempatkan di tengah-tengah bulatan jalan.
Lakar reka bentuk papan tanda tersebut yang mengandungi tema serta ilustrasi yang sesuai dan huraikan konsep rekabentuk yang anda pilih. 

Jawapan
-     Bentuk papan pamer 4 sudut memudahkan pemerhatian disetiap arah.
-     Nama syarikat telifon ‘Phone M’ ditulis lebih besar sebagai perkara utama yang perlu diketahui oleh pemerhati.
-     Moto syarikat ditulis separuh bulatan memberi kesan unik.
-     Imej telifon menampakkan tujuan sebenar iklan.
-     Secara keseluruhan, susun letak pada iklan mudah untuk difamhami.

Soalan & Jawapan SRT SPM 2007

Soalan 1
Anda dikunjungi oleh seorang pelanggan yang meminta anda mereka bentuk satu papan tanda yang mempunyai ciri-ciri berikut:
 a. Perkataan: E-rup Air
 b. Illustrasi: Bersesuaian
 c. Dekorasi: Corak 


Jawapan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 2 
Anda telah menerima tempahan untuk menyiapkan 150 helai kemeja T bercetak "BERSIH SELALU" unutk sebuah syarikat pembersihan. Maklumat seperti berikut
 a. Dye: RM 0.60
 b. Kemeja T: RM 10.00
 c. Kos upah: RM 2.00
 d. Kos sampingan: RM 0.40
 e. Kos satu blok cetakan
     - Kayu 30cmX30cm: RM 1.20
     - Kain sutera saring: RM 5.00
     - Foto emulsi: RM 12.00

Hitungkan:
 a. Kos cetakan sehelai kemeja T.
 b. Jumlah kos keseluruhan.
 c. Harga sehelai kemeja T jika keuntungan adalah 30%.       

Jawapan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 3 
Anda dikehendaki mereka corak pada topi 'Jelajah Malaysia 2012' mengikut perkara berikut:
 a. Spesifikasi: Corak dan penghurufan.
 b. Tema: Bebasikal.
 c. Illustrasi: Bersesuaian dengan tema. 

Jawapan


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 4 
Anda mempunyai sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk pengiklanan seperti membuat kain rentang, pelbagai papan tanda dan perkhidmatan pengiklanan. Daripada maklumat dan rekod jualan, produk tersebut belum mancapai sasaran jualannya.
Berdasarkan kreativiti anda, cadang dan huraikan promosi yang anda buat untuk meningkatkan jualan.

Jawapan
 4
-     Menghebahkan promosi syarikat melalui radio bertujuan memberi maklumat tentang kegiatan syarikat
kepada orang ramai yang ingin berurusan.
-     Mengedarkan flyer melalui agensi pos dan sisipan pada akhbar. Kaedah ini dapat menyampaikan maklu-
mat terus kerumah orang ramai.
-     Melekatkan poster di kn tertentu bertujuan memberitahu kepada pejalan kaki di kawasan awam berk-
enaan operasi syarikat.awasa
-     Kain rentang digantung di kawasan jalan bagi menarik perhatian pengguna jalan untuk mengetahui produk
dan servis syarikat.
-     Menyertai program seperti pameran dan informasi dapat menyampaikan maklumat terus kepada pengun-
jung tentang operasi syarikat.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 5 
Anda diminta mereka bentuk penghurufan pada papan tanda kaki lima untuk pemeran seramik. Dengan menggunakan kreativiti, lakarkan dan huraikan reka bentuk tersebut.

Jawapan
-     Perkataan ‘Pameran Seramik’ dibesarkan bagi memudahkan orang ramai membaca tajuk utama.
-     Corak grafik di belakang untuk mencariakan papan tanda kaki lima.
-     Tembikar disusun dengan pelabagai rupa dan bentuk untuk memberi tarikan dan menarik pada papan tanda.
-     Tulisan ditempatkan di atas dan imej di bawah bagi keselesaan ketika memerhati papan tanda.
-     Motif corak digunakan bersesuaian dengan tujuan pameran.