Soalan 1
Anda diminta untuk menyiapkan grafik ke atas 20 keping perspek. Terangkan bagaimana anda melakukan kerja tersebut daripada aspek:
a. Menyediakan bahan dan alatan.
b. Menyediakan huruf dan grafik.
c. Memindahkan huruf dan grafik pada kepingan perspek.
Jawapan

a. Menyedia alatan dan bahan.
Alatan yang diperlukan ialah Pensel, set pembaris, pemadam, jangka lukis, jangka sudut, kotak cahaya,
pisau pemotong perspek, pisau grafik, pembaris besi, pembaris sudut, sesiku L Manakala bahan sep-
erti kertas A4, kertas grid, perspek lutsinar, gam semburan, cat tin semburan. Letakkan di tempat yang
sesuai untuk melakukan kerja.

b. Menyedia huruf dan grafik.
Proses pertama ialah dengan menghasilakan lakaran. Seterusnya menekap huruf dan grafik pada vinil.
Setelah tekapan sempurna, vinil dipotong menggunakan pusau grafik berdasarkan laran. Akhir sekali,
tanggalkan bahagian yang tidak diperlukan merujuk lakaran berwarna.
Setelah tekapan sempurna, vinil dipotong menggunakan pusau grafik berdasarkan laran. Akhir sekali,
tanggalkan bahagian yang tidak diperlukan merujuk lakaran berwarna.
c. Memindah huruf dan grafik pada kepingan perspek.
Lekatkan pita pemindah ke permukaan vinil. Lakukan semburan air sabun ke permukaan perspek. Pin-
dahkan vinil ke permukaan perspek. Lakukan kekemasan dengan meratakan vinil dengan sekuji. Tang-
galkan pita pemindah dan akhir sekali buangkan udara yang terperangkap sekiranya ada.
dahkan vinil ke permukaan perspek. Lakukan kekemasan dengan meratakan vinil dengan sekuji. Tang-
galkan pita pemindah dan akhir sekali buangkan udara yang terperangkap sekiranya ada.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 2
Anda dikehendaki menyiapkan 100 unit papan tanda vinil bersaiz 20cm X 30cm. Anda telah menggunakan pemotong vinil bagi memotong logo mengikut warna yang telah ditetapkan.
Terangakan bagaimana anda melakukan kerja tersebut dengan mudah dan cepat daripada aspek:
a. Menyediakan grafik.
b. Memotong vinil.
c. Menampal vinil.
Jawapan
a. Menyediakan grafik
- Menggunakan pembaris untuk menentukan ukuran sebenar hasil kerja.
- Memulakan lakaran menggunakan perisian grafik mengikut saiz sebenar.
- Setelah siap, simpan atau ‘save’ hasil kerja mengikut format yang diperlukan mesin plot.

b. Memotong vinil
- Gunakan gunting untuk memotong helaian vinil mengikut ukuran dan warna yang diperlukan.
- Dengan berhati-hati, pasang vinil pada mesin ploter dengan kemas.
- Mulakan perisian memotong vinil untuk lakaran yang telah dibuat dan lakukan arahan memotong vinil.
- Ulangi proses memotong untuk setiap warna sehingga siap.
c. Menampal vinil
- Sediakan lakaran berwarna sebagai rujukan.
- Tanggalkan bahagian vinil yang tidak diperlukan.
- Lekatkan pita pemindah pada keseluruhan vinil.
- Ratakan air sabun pada permukaan perspek dengan menyemburnya.
- Pindahkan vinil ke atas permukaan perspek dan ratakan dengan skuji.
- Buka pita pemindah dan pastikan semua vinil melekat dengan kemas.
- Ulangi proses untuk setiap warna vinil merujuk lakaran sehingga siap.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 3
Anda diminta untuk menyiapkan tempahan 100 unit topi bercetak "BERSAMA MEMBASMI DAADAH" untuk minggu kempen anti dadah kebangsaan anjuran Jabatan Pemadam Negeri. Maklumat seperti berikut:
- Topi: 100 buah RM 500.00
- Kos upah: RM 200.00
- Pencelup warna: RM 10.00
- Bingkai kayu: RM 2.00
- Kain sutera saring: RM 5.00
- Foto emulsi: RM 10.00
- Kos sampingan: RM 3.00
a. Hitungkan kos pengeluaran.
b. Kos pengeluaran seunit.
c. Jumlah untung sekiranya harga tempahan seunit topi adalah RM 10.00.
Jawapan
a. Kos pengeluaran: 500 + 200 + 10 + 2 + 5 + 10 + 3 = RM 730.00
b. Kos seunit: 730 / 100 = RM 7.30
c. Jumlah untung seunit topi: 10.00 - 7.30 = RM 2.70
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda diminta membina papan tanda yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan akan diletakkan di tepi sebuah lebuh raya.
Lakarkan cadangan reka bentuk papan tanda tersebut dan terangkan bagaimana anda membina dan memasangnya.
Jawapan
Papan tanda ini sesuai diletakkan di tepi lebuh raya kerana pemabahagian 3 sudut dapat dilihat dari segenap arah. Keseluruhan papan tanda ini adalah dari binaan logam. Menggunakan kaedah kimpalan dan semburan cat. Tiang ditanam dan diletakkan konkrit agar tahan dan kukuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda memiliki sebuah kedai yang menerima tempahan pelbagai jenis produk pengiklanan. Kedai anda telah mengalami masalah kekurangan modal dan bilangan pekerja yang tidak mencukupi bagi menyiapkan tempahan dalam masa yang tepat.
Berdasarkan kreativiti anda, cadang dan huraikan bagaimana anda mengatasi masalah tersebut bagi memastikan prestasi perniagaan anda bertambah maju.
Jawapan
Masalah kekurangan modal dapat diatasi dengan cara melaksanakan pengurusan gaji yang bersesuaian
dengan kemampuan syarikat iaitu dengan melakukan bayaran minima kepada pekerja. Selain itu, pengusa-
ha juaga boleh memohon pinjaman dan bantuan daripada agensi yang membantu usahawan. Antara agensi
itu ialah MARA, MODF dan JKM.

Masalah kekurangan pekerja boleh diatasi dengan memastikan waktu dapat digunakan secara maksima
dengan mengamalkan enam panduan pengurusan masa berkesan. Penyediaan jadual kerja juga sangat
membantu menentukan kerja dapat disiapkan tepat pada waktu mengikut jumlah pekerja yang ada.
Manakala etika dan budaya kerja juga perlu diberi perhatian. Antaranya operasi bekerja semaksima lapan
jam selama enam hari seminggu mestilah dilaksanakan. Cuti tahunan juga dapat dikurangkan dengan cara
memberigalakkan dengan cara memberi galakn dan ganjaran kepada pekerja supaya tidak mengambil cuti.
Di samping itu, galakkan dan ganjaran juga patut diberikan kepada pekerja yang sanggup bekerja lebih
masa.
Oleh itu, masalah kekurangan modal dan kekurangan pekerja dapat ditangani sekira semua cadangan yang
diberikan di atas dipraktikkan.
No comments:
Post a Comment